Thursday, January 6, 2011

Solat fardu lima waktu  sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain .

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

PERBUATAN SUNAT SEBELUM SOLAT:

Azan - Ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu. 
Iqamah. 

Bersugi - Ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

POSTED BY : NURSYAFIKA BTE YAKUB

No comments:

Post a Comment