Thursday, January 6, 2011

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada 2 iaitu ;
1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal,tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia terdiri daripada :


 a) Membaca tasyahud awal
 b) Duduk membaca tasyahud awal
 c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
 d)  Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
 e) Membaca Qunut
 f) Berdiri ketika membaca Qunut.
 g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut
 h) Selawat  ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut
  

2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal,tidak membatalkan solat. Ia terdiri drp ;
a) Membaca doa Iftitah.
اللَّهُ أكْبَرُ كَبِيراً، وَالحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيراً، وَسُبْحَانَ اللّه بُكْرَةً وَأصِيلاً،
 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
 حَنِيفاً مُسْلِماً وما أنا من المُشْرِكِينَ، إنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبّ العالَمِينَ لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وأنَا مِنَ المُسْلِمينَ



b) Membaca Ta’awuz.
c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah.
d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud
f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram
g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud
j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam




POSTED BY : AINATUL BAIYINAH BTE MOHD NOR

No comments:

Post a Comment