Friday, January 7, 2011


1)     HIKMAH MENUTUP AURAT


1.Bagi melaksanakan perintah yang menyuruh umat islam untuk memelihara auratnya.
Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH.

2.Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat.
Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita,

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam
hatinya (berhati jahat).”
 (33:32)

3.Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung.

4.Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit.

5.Menjaga kehormatan diri dan tidak berdosa kerana menutup aurat adalah perintah Allah kepada seluruh umat islam dan untuk membezakan dengan binatang yang tidak mempunyai akal fikiran

POSTED BY : ASMAR HAFIZAH BTE ASHAAR

No comments:

Post a Comment