Wednesday, January 12, 2011

PERKARA SUNAT SEMASA AZAN



1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.

2. Menghadap ke arah qiblat.

3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.

4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.


5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.


POSTED BY : NURSYAFIKA BTE YAKUB


DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH


Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti berikut:




POSTED BY : AINATUL BAIYINAH BTE MOHD NOOR





AYUH  REHATKAN MINDA

KISAH LUCU DOKTOR DAN PESAKIT......^_^....



Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”

“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”

“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”




POSTED BY : NURSYAFIKA BTE YAKUB

AURAT


Saturday, January 8, 2011


PENGERTIAN AURAT


Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

POSTED BY : AINATUL BAIYINAH BTE MOHD NOR

HUKUM MENUTUP AURAT

Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya memelihara aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak diharuskan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri masing-masing, selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 30 & 31. Ayat tersebut juga menekankan bahawa, perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasan diri mereka kepada lelaki Ajnabi.

POSTED BY : ASMAR HAFIZAH BTE ASHAARI
TUJUAN MENUTUP AURAT

a)       Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.


b)       Agar kaum wanita tidak disakiti
Bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.


c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » 


d)         Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya.


e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.


Firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


POSTED BY : NURSYAFIKA BTE YAKUB